….Hargailah Orang Yang Menyanyangi Kita, Jangan Tinggalkan Orang Yang Sayang Kita Untuk Orang Yang kita Sayang, Sebab, Orang Yang Kita Sayang Belum Tentu Akan Menyayangi Kita Seperti Orang Yang Kita Sayang..
Pernah tak dengar ungkapan ini?
Sila baca dan berikan pendapat anda [ kisah benar dan baru berlaku ]
Situasi 1 :
GF ini sangat-sangat sayang dengan BF dia. Sehinggakan sanggup mendengar segala arahan. Macam dekat kem tentera pula. Jangan begitu. Jangan begini. Jangat buat. Jangan. Jangan. Sesungguhnya GF si BF ini sangat setia dan sayang setengah mati dengan si BF. Sekarangkan ada LAMAN MUKA BUKU, tahukan? Si GF&BF buat status ENGAGED a.k.a bertunang. Tapi suddenly berubah mendadak. Bila ketahuan, si BF ada relationship baru dengan seorang GF dengan status MARRIED. How come? SI GF yang sayang sangat dengan BF memang frust. Tapi dia strong girl. Atas sokongan orang sekeliling. Macamana seorang boleh buat hubungan dengan dua orang? Sekarang memang perkara biasa. Tapi pernahkah dia berfikir macamana hati seorang perempuan yang sayang dia?
Situasi 2 :
BF and GF ini sebenarnya sudah in relationship lebih dari 2 Tahun. Selalu bersama.Tapi kesilapan berlaku bila si GF tahu tentang hubungan si BF. Sebelum mereka berhubungan, si BF sudah pernah terlanjur dengan BEBERAPA orang perempuan. Si GF memang kecewa. Tapi dia masih memberi peluang walaupun si BF tidak pernah jujur. Akhirnya mereka berpisah. [ KEJUJURAN PENTING DALAM HUBUNGAN ]
Situasi 3 :
Si BF & GF sudah in relationship lebih dari 6 tahun. Mereka dalam 6 tahun tak pernah berjumpa. [ relationship in long distance ]. Tapi pada tahun 6 mereka telah dipertemukan. Sebelum ini Si GF telah menyambung study di tempat yang jauh dan bertemu dengan seorang lelaki yang selalu ada dengan dia. Dia telah meninggalkan Si BF untuk BF dia sekarang. Bayangkan? Betapa bodohnya Si Gf. Tapi Si GF selalu merasa tidak selesa dan rasa ingin kembali semula kepada Si Ex-BF. Sesungguhnya orang yang sayang kita adalah orang yang lebih tahu tentang kita. Tapi adakah masa boleh berputar? Masih adakah peluang untuk perbaiki semuanya? Kerana BF si GF sekarang adalah orang yang bakal membuat kesilapan besar dalam hidup Si BF.
Situasi 4 :
Si GF dan Si BF sudah in relatinship hampir 4 tahun. Memang bahagiakan jadi yang pertama dalam hidup? Tapi kesilapalan berlaku apabila satu keadaan yang telah disalah tafsirkan. Si GF buat hal dan dia telah meninggalkan Si BF. Hubungan yang lama sia-siakan? Kurang 2 bulan Si GF mendapat pengganti dengan mudah. Hidup Si BF berubah dalam sekelip mata. Dia tidak seperti hidup sebelumnya. Bayangkan? Si BF teruskan hidup seperti biasa walaupun sakit. Dia telah bertemu dengan seseorang. Perempuan yang tidak ada arah dalam hidup. Selalu dilukakan dan terluka. Mereka sekarang in relationship. Betapa bertuahnya si GF baru. Sesungguhnya, mengikut pandangan saya SI EX-GF menyesal dan teringin Si BF semula. Entahlah. Tapi Si GF tidak akan pernah biarkan. KERANA DIA ADALAH .. [ ? ]
Pernah tak anda bayangkan apa yang akan terjadi bila kita tinggalkan sesorang. Pernahkah anda berfikir bila ditinggalkan? Apa yang kita rasa? Fikir-fikirkanlah..
Kepada yang berkenan,
Fikir-fikirlah. Sebab anda tidak akan pernah peroleh yang sebaik-baiknya bila menyakitkan hati orang. Percaya ada HUKUM KARMA. Allah itu maha adil. Orang yang kita sayang belum tentu akan sayang kita macam orang yang sayang kita dulu. Kadang-kadang peluang ada, kadang-kadang tiada. Buatlah sesuatu sebelum terlambat. Hargailah orang yang sayang kita. Salah satu rasa dalam hidup kita sebagai pengajaran. Tidak akan ada orang yang akan lepas dari semua ini kecuali orang yang benar-benar sedar dan akan menghargai..
No comments:
Post a Comment